SELAMAT DATANG

Senin, 25 Mei 2015

3HB APRIL 2015 (JUMAAT),,,MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG KALI KE 47 DI SMU (A) AHMADIAH, KG BANGGOL JUDAH







KERATAN SINAR HARIAN 7HB APRIL 2015


6HB APRIL 2015,,,JEMAAH PENAZIRAN PASTI KAWASAN MACHANG MENGADAKAN PENAZIRAN KALI PERTAMA TAHUN 2015 DI PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK






AL KISAH SEBUAH TULISAN

Melihat rumah jirannya yang penuh dengan besi terguna, Abu telah menulis di Facebook menyebarkan khabar bahawa jirannya Ali, adalah seorang pencuri besi.
Kerana itu, Ali telah ditahan polis. Namun perkara itu terbukti fitnah kerana Ali sememangnya seorang peniaga besi buruk yang sah.
Ali mengambil keputusan menyaman Abu.
Di depan hakim, Abu mempertahankan dirinya dan berkata tulisan di Facebooknya hanya sekadar komentar yang tidak membahayakan sesiapa.
Sebelum membuat keputusan kehakiman, Abu telah diminta hakim untuk menyalin apa yang ditulisnya di Facebook di atas sekeping kertas.
“Potongkan kertas itu menjadi cebisan-cebisan yang kecil, dan dalam perjalanan kamu ke rumah, buangkan kertas itu di sepanjang jalan. Besok kamu pulang ke sini untuk mendengar keputusan,” kata hakim tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman keesokan harinya, hakim menyuruh Abu untuk keluar dan mengutip semula cebisan kertas yang dibuangnya semalam.
Abu berkata: “Mana mungkin? Angin dan kereta yang lalu lalang dah tiup cebisan itu merata. Saya tak tahu mana nak cari.”
“Dengan cara yang sama, tulisan kamu di Facebook telah merosakkan nama baik Ali sehingga ia tidak dapat dipulihkan. Jika kamu tiada apa yang baik untuk bercakap mengenai seseorang, lebih elok kamu diam,” tegur hakim itu.
Wahai anakku,
Jadilah tuan kepada mulut dan tanganmu, agar kamu tidak menjadi hamba kepada tulisanmu, terutamanya di media sosial. Ingat pada Allah sebelum menyebarkan sebarang maklumat.

2/4/2015 (KHAMIS)...JEMAAH PENAZIRAN PASTI KAWASAN MACHANG MENGADAKAN PENAZIRAN KALI PERTAMA TAHUN 2015 DI PASTI NURUL MARDIYYAH, KG BERANGAN MEK NAB



2HB APRIL 2015,,, JEMAAH PENAZIRAN PASTI KAWASAN MACHANG MENGADAKAN PENAZIRAN KALI PERTAMA TAHUN 2015 DI PASTI AL FIRDAUS, KEDAI PULAI CHONDONG



2HB APRIL 2015,,,JEMAAH PENAZIRAN PASTI KAWASAN MACHANG MENGADAKAN PENAZIRAN KALI PERTAMA TAHUN 2015 DI PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN