SELAMAT DATANG

Rabu, 07 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Persekolahan sesi baru akan bermula pada 11 januari 2015 ini, anak-anak pelajar akan kembali ke sekolah masing-masing, namun kemungkinan besar suasana tidak seperti sebelum ini. Banyak kelengkapan sekolah musnah dan keadaan sekitar masih berdebu akibat banjir tempohari. Walaubagaimana keadaan sekalipun, anak-anak terpaksa menghadapinya dengan sabar, bina semangat dan kejayaan dalam kehidupan itu biasanya melalui sebuah dugaan.
Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah meluluskan bantuan persekolahan RM 50 ribu melalui YAKIN dan diserahkan kepada Adun juga Penyelia Dun masing-masing bagi membantu meringankan beban kemiskinan dan persekolahan. Diharapkan mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah kediaman agar bersabar, Kerajaan Negeri sudah pastikan tapak tanah untuk penempatan mangsa dan akan menyewa premis perniagaan melalui rundingan antara tuan milik premis dan Ketua Jajahan dilokasi terbabit khususnya bagi meringankan beban ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Kepada anak-anak yang buat pertama kali menjejaki kaki ke alam persekolahan di darjah satu dan daripada darjah enam ke tingkatan satu, hadapilah hari-hari persekolahan dengan riang dan gembira kerana dapat mempelajari ilmu disamping saling kenal-mengenali antara rakan-rakan dari tempat lain. Jaga kesihatan masing-masing khasnya selepas banjir ini kerana amat mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
Saya menyeru kepada seluruh dermawan untuk terus menghulurkan bantuan persekolahan sama ada penyediaan pakaian sekolah serta kelengkapannya ataupun bantuan kewangan untuk urusan pembayaran yuran khususnya sebelum 11 januari 2015 kepada anak-anak yang menjadi mangsa banjir. Sama-sama kita hidup bermuwafakat dan berkebajikan insya-Allah masyarakat dan Negeri sentiasa mendapat keberkatan.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 16 Rabiul Awwal 1436/ 7 Januari 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR KEPADA GURU PASTI KAWASAN MACHANG







Menyampaikan Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Guru PASTI Kawasan Machang Yang Terlibat Dengan Banjir Baru-Baru Ini,,,Seramai 13 Orang Guru Terlibat... Sumbangan Anda Boleh Disalurkan Kedalam Akaun TABUNG KEBAJIKAN PASTI MACHANG (BANK ISLAM : 03-045-01-004008-2)..Terima Kasih Atas Keprihatinan Bersama

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN



Gotong Royong Membersihkan PASTI As Solihin, Kg Bagan Yang Terlibat Dalam Kejadian Banjir Baru-Baru Ini ..Terima Kasih Muslimat Dari Negeri Kedah Kerana Sudi Membantu Kami,,,Sumbangan Anda Boleh Disalurkan Kedalam Akaun TABUNG KEBAJIKAN PASTI MACHANG (BANK ISLAM : 03-045-01-004008-2)..Terima Kasih Atas Keprihatinan Bersama