SELAMAT DATANG

Rabu, 17 Agustus 2016

ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG TAHUN 2016 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH

MACHANG – Program Alam Ria Pusat Asuhan Tunas-tuan Islam (PASTI) peringkat Kawasan Machang tahun 2016 yang berlangsung dengan meriah, telah melabuhkan tirainya pada 13hb Ogos 2016 Di SMU(A) Ahmadiah, Banggol Judah.

Pengarahnya, Firdaus b. Radzulan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua waga PASTI kawasan Machang yang telah bekerja keras mendidik anak-anak kecil, sehigga berjaya mempersembahkan yang mengkagumkan.

“Penat lelah masih terasa, namun terubat dengan memori indah dan segar dengan suasana riang dan meriah dek pelbagai ragam dan telatah anak-anak kecil (PASTI).

“Persembahan mereka mengagumkan walaupun pada usia yang masih terlalu muda. Mereka berbakat serta berani ke hadapan menampilkan persembahan yang terbaik hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa,”ujarnya.

Oleh itu katanya, sanjungan tinggi sewajarnya dianugaerahkan kepada para guru PASTI yang yang penuh berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Katanya anak-anak kecil itu, akan menjadi dewasa dan menjadi pemimpin masa hadapan bagi mengisi ‘lompang’ yang ditinggalkan generasi sekarang .


Justeru beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut samada secara langsung atau tidak secara langsung.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak iaitu AJK Jabatan PASTI Kawasan Machang, AJK Pelaksana Alam Ria, Warga SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang, Jabatan Amal Machang, Guru-guru PASTI dan Ibu bapa yang sangat berjasa dalam membantu dan menjayakan Alam Ria bagi tahun ini,”


“sesungguhnya tiada ungkapan yang layak untuk diluahkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang lumayan ‘di sana’ nanti,”kata beliau

TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN MAJLIS ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG 2016 OLEH PENGERUSI JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG




12HB OGOS 2016,,,PERSIAPAN ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG 2016 DI SMU (A) AHMADIAH, BANGGOL JUDAH




















Selasa, 16 Agustus 2016

06/08/2016,,,,SEMINAR TEKNIK MUDAH MENGAJAR MEMBACA EKSPRES-I










































BERSAMA BONDA NOR (SEORANG PENULIS BUKU MOTIVASI DAN NOVELIS GALERI ILMU MEDIA GROUP DAN USAHAWAN TADIKA DAN PUSAT MEMBACA)