SELAMAT DATANG

Minggu, 18 Desember 2016

PASTI KAWASAN MACHANG MENERIMA ANUGERAH KPI KAWASAN TERBAIK NEGERI KELANTAN DI MAJLIS ANUGERAH KUALITI PASTI MALAYSIA 2016 BERTEMPAT DI D'VILLAGE RESORT, AYER KEROH, MELAKA




HARI ANUGERAH KUALITI PASTI MALAYSIA 2016 BERTEMPAT DI D'VILLAGE RESORT, AYER KEROH, MELAKA










KUALITI PASTI SEMAKIN DIIKTIRAF!


Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

1. Alhamdulillah, dalam usia Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencecah 65 tahun, PAS yang menyertai politik sebagai medan untuk membangunkan manusia mengikut acuan Islam, hari ini menjadi satu-satunya parti politik (gerakan Islam) di Malaysia yang menerajui bidang pendidikan khasnya peringkat pra-sekolah, dengan jenama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

2. Dengan usia 32 tahun sejak penubuhannya hingga kini, PASTI mempunyai anggaran alumni berjumlah 1 juta orang, tidak termasuk 110,252 orang pelajar (berumur 4, 5 dan 6 tahun) yang masih belajar di 2,204 buah premis di seluruh negara.

3. Berdasarkan data pra-sekolah (bagi pelajar berumur 5 dan 6 tahun sahaja) yang direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga bulan Oktober tahun 2016, terdapat seramai 200,579 orang pelajar pra-sekolah dibawah KPM. Manakala keseluruhan pelajar pra-sekolah (agensi kerajaan dan swasta termasuk PASTI) di seluruh negara pula berjumlah 859,059 orang. Berdasarkan angka ini, 89,262 orang atau 10% (market share) daripada pelajar pra-sekolah seluruh negara adalah pelajar PASTI. Satu jumlah yang besar bagi sebuah parti politik (gerakan Islam) yang tidak mempunyai kuasa memerintah di peringkat persekutuan. Lebih menakjubkan, kesemua 2,204 premis PASTI (27% daripada jumlah institusi/premis pra-sekolah) ini diuruskan sendiri menggunakan dana yang sebahagian besarnya merupakan aset wakaf dan derma orang ramai.

4. Angka-angka di atas membuktikan bahawa PASTI mengungguli pendidikan pra-sekolah Islam di Malaysia dan mendapat kepercayaan sebilangan besar masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio-politik, sosio-ekonomi mahupun sosio-budaya. Logiknya, institusi pra-sekolah yang dibangunkan kerajaan wajar lebih diyakini dan dipercayai oleh masyarakat berbanding institusi pra-sekolah yang dibangunkan sendiri oleh parti politik (gerakan Islam) yang tidak mempunyai kuasa memerintah seperti PAS. Namun, kualiti PASTI berjaya mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dan menembusi pasaran pendidikan pra-sekolah dengan begitu cemerlang walaupun mempunyai frasarana yang lebih rendah daripada institusi pra-sekolah kerajaan. Lanjutan daripada itu, PASTI dijemput secara rasmi oleh KPM untuk berkongsi kejayaannya dalam satu mesyuarat penyelarasan pra-sekolah kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini bersama pihak pengurusan institusi pra-sekolah yang lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa selain mendapat pengiktirafan masyarakat, kualiti PASTI juga sebenarnya telah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan.

5. Hari ini, PASTI melangkah setapak kehadapan apabila berjaya menganjurkan majlis konvokesyen (ihtifal) di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Mydin dan Econsave. Difahamkan beberapa pasaraya besar ini langsung tidak mengenakan apa-apa caj bayaran kepada PASTI, bahkan turut memberikan sumbangan berupa hamper barangan kepada ibu-bapa yang hadir. Perkembangan ini menunjukkan bahawa pasaraya-pasaraya besar ini seolah-olah menganggap PASTI adalah rakan kongsi perniagaan (bussines partner) yang boleh menarik pelanggan dan memberi keuntungan kepada mereka. Bagi pihak PASTI pula, medan terbuka yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya besar ini merupakan peluang terbaik untuk mempromosi kejayaan PASTI kepada masyarakat awam dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PASTI. Satu kualiti yang mungkin tidak pernah terjangka 32 tahun dahulu!

6. Perkembangan positif PASTI yang dipaparkan tadi didapati selari dengan strategi PAS yang dinamakan Plan Pemerkasaan Parti dan Transformasi Imej (PPTI) serta Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS). Di dalam PPTI, PASTI menepati teras keenam daripada tujuh teras iaitu "pengiktirafan masyarakat". Bagi memacu usaha PAS untuk dianggap sebagai sebuah organisasi yang bukan hanya terlibat dalam bidang politik, PAS perlu mendapat pengiktirafan masyarakat daripada pelbagai lapisan. Di dalam BPMS pula, PASTI dilihat selari dengan ciri kedua iaitu "Politik Dakwah, Amar Makruf dan Nahi Munkar".

7. Pengiktirafan adalah sebagai alat untuk mencapai matlamat dakwah Islam yang diperjuangkan PAS. Keadaan ini sama seperti pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat Quraisy terhadap Rasulullah SAW apabila Baginda diberi kepercayaan untuk menyimpan barang-barang berharga sebilangan penduduk Makkah serta pengiktirafan untuk membuat keputusan dalam peristiwa perletakan hajarul aswad. Pengiktirafan ini membuktikan Rasulullah SAW dipercayai dan menjadikan dakwah Baginda lebih lancar serta dapat menembusi hati masyarakat dengan kualiti akhlak dan kualiti akal yang Baginda pamerkan.

8. Jika dihubungkan sirah ini dengan pengiktirafan yang diberikan kepada PASTI sekarang, faktor utama yang menjadikan PASTI berkualiti sehingga mendapat pengiktirafan ialah keikhlasan dan kemuliaan akhlak. Keikhlasan guru-guru PASTI merupakan faktor utama menjadikan PASTI berkualiti. Sebilangan besar daripada guru-guru PASTI yang ada, elaunnya tidak setimpal jika dibandingkan dengan penat lelah mereka mendidik, membimbing dan melayan pelbagai karenah pelajar-pelajar PASTI. Tidak cukup dengan itu, guru-guru juga perlu berhadapan dengan waris-waris yang mempunyai aneka ragam samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Guru-guru PASTI juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi, ingatan yang kuat serta kecerdasan jasad yang hebat untuk melatih pelajar-pelajar dalam acara Alam Ria dan sukaneka, lebih-lebih lagi jika pelajar mereka terpilih untuk bertanding ke peringkat kawasan, negeri atau nasional. Kesemua tugasan yang dilakukan oleh guru-guru PASTI ini belum tentu dapat ditunaikan oleh waris atau orang lain. Kekuatan guru-guru ini ialah mempunyai kualiti keikhlasan yang sangat tinggi.

9. Selain itu, kemuliaan akhlak juga adalah merupakan sebab mengapa masyarakat memilih PASTI berbanding institusi pra-sekolah yang lain. Akhlak murid dengan ibu bapa, akhlak ibu bapa dengan murid, akhlak guru dengan murid, akhlak murid dengan guru, akhlak pengurus PASTI dengan guru, akhlak PASTI dengan masyarakat dan persekitaran (termasuk kebersihan) menjadikan PASTI mendapat tempat di hati ibu bapa pelajar PASTI. Kualiti akhlak adalah merupakan tugas utama yg dipikul oleh Rasulullah SAW. Kewajipan untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW pula disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab 33:21).

10. Sebagai kesimpulan, sumber kepada kualiti PASTI yang sebenarnya adalah datang daripada aspek dalaman manusia yang tidak dapat diukur dengan angka (intangible) iaitu iman dan akhlak. Bukti seseorang itu mempunyai iman dan akhlak ialah wujudnya keikhlasan. Selain itu, kualiti PASTI juga perlu dinilai daripada aspek yang dapat diukur (tangible) seperti pencapaian akademik dan KPI, keselamatan, keceriaan dan kebersihan (3K). Mekanisme untuk menilai kualiti melalui aspek-aspek boleh diukur (tangible) ini telah diwujudkan dan disampaikan anugerah-anugerahnya pada hari ini. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, kualiti sebenarnya ialah pada aspek yang tidak dapat diukur dengan angka (intangible) iaitu iman dan akhlak. Inilah kualiti yang perlu terus dipelihara oleh PASTI. Menjadi keperluan bagi PAS dan PASTI meneroka dan mewujudkan mekanisme khas untuk mengukur aspek iman dan akhlak ini kelak bagi menyempurnakan kualiti sebenar yang digariskan Islam.

11. Selain itu, perancangan PASTI yang ditetapkan dalam halatuju strategik Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) seperti aktiviti menambah keahlian PAS melalui program PASTI, proses untuk mewujudkan sistem pangkalan data online murid dan waris, menubuhkan Institut Latihan Pengurusan dan Perguruan PASTI serta menubuhkan yayasan ekonomi PASTI perlu digiatkan usaha pelaksanaanya dalam memacu kualiti PASTI dengan lebih berkesan. Perkembangan proses pelaksanaan perkara-perkara tersebut perlu dilaporkan kepada DPPM daripada masa ke semasa.
Kepada para penggerak PASTI, tahniah diucapkan atas usaha gigih anda. Teruskan beristiqamah dengan perjuangan Islam, itulah kualiti sebenarnya!

Infiruuu!!!

Rabu, 14 Desember 2016

SOLAT HAJAT DI BANGUNAN BARU PASTI AL JIHAD, LORONG RISDA MACHANG










GOTONG ROYONG DI PERSEKITARAN BANGUNAN BARU PASTI AL JIHAD, LORONG RISDA MACHANG



ERTI KEHIDUPAN YANG BAIK

Imam Ahmad bin Hanbal hidup bahagia, padahal pakaian putih yang dipakainya penuh dengan tampalan yang dijahitnya dengan tangannya sendiri. Tempat tinggal yang dihuninya diperbuat daripada tanah liat yang hanya memliki 3 bilik. Makanan yang dimakannya pun hanya sepotong roti dengan dilumuri minyak zaitun.

Adapun kasutnya sebagaimana yang diperkatakan oleh para penulis biografinya telah berusia 17 tahun, yang dibuat dan dijahitnya sendiri. Ia memakan daging hanya sekali dalam sebulan. Dia sendiri lebih banyak berpuasa. Dia datang dan pergi menjelajahi dunia dalam rangka mencari hadith.

Sekalipun demikian, dia merasa kesenangan, tenang, mantap, hidup tanpa bebanan dan memperolehi ketenangan kerana dia memiliki hati yang kukuh, cita-cita yang tinggi, mengetahui kesudahannya, mencari pahala dari Allah, meraih imbalan dan beramal untuk akhirat dan merindukan syurga.

(Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni - Laa Tahzan)

BERSAMA PENERIMA ANUGERAH-ANUGERAH DI MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN MACHANG 2016






Selasa, 13 Desember 2016

HARTA DAN KEMEWAHAN

Antara perkara yang menjadi ujian kepada manusia adalah harta dan kemewahan. Ia boleh menjadi nikmat dan boleh juga menjadi ujian kepada kita. Harta dan kemewahan kalau dapat membawa kita ke arah kebaikan dan ketakwaan, itulah harta yang menjadi kenikmatan. Tapi, jika membawa kita semaki daripada rahmat Allah, maka bimbang menjadi fitnah pula.

Begitu juga dalam bab mendidik anak-anak. Antara pendidikan langsung yang boleh kita laksanakan adalah dengan tidak membiasakan anak-anak dengan kemewahan.Bukan tidak boleh, sesekali boleh. Tapi, kalau selalu sangat menuruti kehendak mereka untuk membeli barangan yang mahal, ini perlu ditegah kerana bimbang akan menerbitkan rasa ingin sentiasa bermewah-mewahan.

Pendidikan secara langsung ini penting agar kelak mereka tidak akan menghabiskan usia dengan hanya mencari duit, harta dan kemewahan. Jika perkara ini terjadi, kita bimbang ia hanya akan merosakkan mereka sampai bila-bila. Ini bermakna, sekiranya kita telah mendidik mereka sedari kecil lagi untuk menggunakan dan memakai barangan mahal-mahal, esok-esok apabila kita telah meninggal dunia, apa yang akan terjadi pada mereka?

(Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Bicara Ini Demi Ilahi)

YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR AL GHAZALI




YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 6 TAHUN




YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 5 TAHUN



TAZKIRAH HARI INI (14.12.2016)

Allah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa, kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala yang baik itu, Allah inginkan hamba-Nya melakukan kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, kebaikan yang diberikan kepada kita bertujuan untuk kita memberi kebaikan kepada orang lain.

" Antara pengertian manusia sebagai khalifah (mengikut setengah ulama) ialah memberi kebaikan kepada diri, orang lain dan persekitarannya."

Allah berikan kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan kita ilmu agar kita mengajar dan berdakwah kepada masyarakat. Diberikan kita iman agar kita berbaik-baik, berkasih sayang dan berukhuwah sesama manusia, kepada haiwan, tumbuhan bahkan kepada alam semesta. Tegasnya, Allah bukan sahaja memerintahkan kita menjadi orang yang baik tetapi mesti memberi kebaikan!

(Ust Pahrol Mohd Juoi - Mukmin Profesional)

YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN SIJIL KEPADA SEMUA PELAJAR 6 TAHUN PASTI CAWANGAN DALAM DUN PULAI CHONDONG