SELAMAT DATANG

Sabtu, 14 Maret 2015

SUKAN PASTI MACHANG TAHUN 2015


BULETIN PASTI MALAYSIA EDISI MAC 2015




PASTI AR RAWI, PALOH RAWA DAN PASTI KAABAH, KG KAABAH MENGADAKAN LATIHAN SUKAN BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN SUKAN PASTI KAWASAN MACHANG 2015



AL QURAN


🎊Selamat pagi semua..dh baca QURAN pagi ni? klu belum baca,silakan baca,sekurang kurangnya sehelai.

QURAN wahyu Allah,panduan Allah kpd kita,cuba kita bayangkan klu kita baca QURAN jarang jarang,bagaimana nak rasa dekat dgn pesanan,teguran,panduan dan amaran Allah ini? 

Klu paper,ada sesetengah org x leh miss baca,risau klu ketinggalan maklumat dll,bagaimana dgn Quran?tak risau ketinggalan pesanan Allah kpd kita?

Alangkah malangnya kita klu sedemikian,kita nak kan keberkatan n segalanya baik dlm hidup seharian?

jom baca QURAN dan maknanya 💫

andai selepas baca QURAN terus dpt hitung betapa banyak pahala n kebaikannya,nescaya kita akn habiskan seharian dgn baca n memahami QURAN !! 

SESI LATIHAN BAGI MENGHADAPI SUKAN PASTI KAWASAN MACHANG 2015








Sebelum Cuaca Panas,,,,Sesi Latihan Bersama PASTI Al Hidayah, Pangkal Changgong...PASTI As Salam, Batu 30...PASTI As Syakirin, Kg Pek...PASTI Nurul Mardiyyah, Berangan Mek Nab Pagi Ini Di Padang PASTI Nurul mardiyyah, Kg Berangan Mek Nab

ILMU


1/3/2015.....JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG MENZIARAHI SUAMI CIKGU RAIHAN MUSA (PASTI AR RAHMAN, KG BANDAR) DI HOSPITAL TANAH MERAH,,YANG TERLIBAT KEMALANGAN BARU - BARU INI



Minggu, 08 Maret 2015

INGAT MATI


Syukur padaMu ya Rabb kerana masih memberiku peluang untuk bernafas di hari ini .. Syukur dengan rahmat yang dikurnia...


“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahwa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat kepada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita. ”

[Imam Ghazali.]


MESYUARAT KHAS JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG BERTEMPAT DI PASTI AL HIDAYAH, KG PANGKAL CHANGGONG


Mesyuarat Khas Jabatan PASTI Kawasan Machang Bertempat Di PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong Yang Membincangkan Sukan Tahun 2015,,,InsyaAllah Sukan PASTI Kawasan Machang 2015 Akan Diadakan Pada 14hb Mac 2015 (Sabtu) Ini.




MESYUARAT AGUNG JIBG PASTI AS SALAM, KG BATU 30 DAN PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI








,Disempurnakan Oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli b. Hj Hassan ( YB Adun Temangan) Dan Turut Hadir Sdr Muhammad Khairul (Pengerusi PASTI Kawasan Machang)

BERBAIK SANGKALAH

Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.
Oleh itu wahai anakku, janganlah kamu hanya melihat di luar dan terusmu menjadi hakim sedangkan kamu belum mengetahui apa yang sebenarnya…
Wahai anakku,
Jangan kamu berprasangka buruk pada mereka yang sering membayar untuk orang lain. Ia mungkin bukan bererti mereka kaya, tapi hanya kerana mereka lebih menghargai hubungan daripada wang duit.
Wahai anakku,
Janganlah kamu panggil mereka yang bekerja tanpa ada yang menyuruh itu bodoh, kerana mungkin mereka lebih mengerti dan menghargai konsep tanggungjawab.
Wahai anakku,
Janganlah kamu pandang serong mereka yang mendului minta maaf duluan setelah bertengkar. Ini tidak bererti mereka bersalah, tapi kerana mereka lebih menghargai orang lain.
Wahai anakku,
Jangan pula kamu timbul syak pada mereka yang mengulurkan tangan untuk menolongmu. Mereka membantu mungkin bukan kerana mereka merasa berhutang, tapi kerana ikhlas menganggap kamu adalah sahabat.
Wahai anak kesayanganku,
Janganlah pula kamu terasa tersinggung pada mereka yang sering menghubungimu, ia mungkin bukan kerana mereka tidak punya kesibukan, tapi kerana engkau ada di dalam hati mereka.
Berbaik-sangkalah selalu, wahai anakku, sebagaimana Rasulullah pun mengingatkan kita, "Janganlah seseorang diantara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah" (HR. Muslim)