SELAMAT DATANG

Sabtu, 05 April 2014

UNTUK RENUNGAN BERSAMA,,,


ALKISAH SEEKOR BURUNG KECIL DI DALAM SARANG…

Burung kecil hendak belajar terbang, tapi sayap masih tidak kuat, masih tidak dapat terbang dengan tinggi.

Burung kecil terpaksa kena belajar terbang dengan cepat kerana satu hari sarang yang dibuat ibu burung akan menjadi sasaran pemburu.

Tapi apabila burung kecil berjaya terbang ke langit, baru dia tersedar mulai hari itu dia tiada lagi tempat bergantung.

Ketika malam, burung kecil yang baru mahir terbang tidak dapat melelapkan mata kerana tidur di luar sarang.

Kerana burung kecil terfikirkan apakah besok tidak akan menjadi lebih baik.

Burung kecil mengeluh – “Siapalah tahu masa depan akan macam mana?”

Hari-hari burung kecil mencari jawapan kepada keresahan hidupnya.

Hari-hari burung kecil merasakan dunia di luar sukar berbanding hari-hari yang ibu burung menyuapkan makanan ke mulutnya.

Akhirnya tiba masa burung kecil bertelur dan menjadi ibu. Burung kecil dengan sendirinya membuat sarang.

Setelah sarang dibuat, burung kecil akhirnya berehat di dalam sarang untuk bertelur.

“Inilah yang saya cari selama ini. Satu tempat selesa yang boleh berteduh daripada hujan and matahari panas. Rupa-rupanya saya berpusing-pusing selama ini adalah untuk mencari perkara yang saya tinggalkan selepas saya dapat terbang dengan jauh. Ah, kehidupan,” kata burung kecil di hati.

Wahai anakku,
Kelak, kamu akan terbang jauh seperti burung kecil. Namun sejauh manapun, kamu akan merindui keluarga dan kasih sayang mereka. Oleh itu, jagalah hubungan kamu dengan keluarga sebaik mungkin.

Berapa lama tak call balik rumah untuk bertanya khabar dengan bonda dan aku? Bagaimana dengan nenek dan atuk dan pakcik saudara? Kami semua amat merinduimu, wahai anak kesayanganku.

PERJUMPAAN KHAS PENGERUSI PASTI KAWASAN MACHANG BERSAMA GURU PAKAR PASTI KAWASAN MACHANG DI PASTI DARUL HUSAINI, KG KEPAS......12/3/14





ADAB KITA BERJAMAAH,,,,,USTAZ IDRIS HAJI AHMAD......27/3/14

Ikhlas kerana Allah.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kenapa kita berjuang di dalam Pas. Sudah pasti jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah SWT. Jika kita berjuang kerana dunia belum tentu kita akan perolehi apa yang kita hajat. Jika kita sertai Pas kerana hendak bertanding di dalam pilihanraya, belum tentu nama kita tersenarai sebagai calon. Misalnya di dalam satu kawasan hanya dua atau tiga orang sahaja yang dipilih sebagai calon daripada beribu ahli Pas di satu kawasan. Rugi kita di sisi Allah SWT jika matlamat kita lain daripada apa yang diizin oleh Allah SWT yang bermaksud "Pada hal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas dengan mentaati perintah agamaNya" (Albayyinah 98:5)

Ikut Arahan Jamaah

Tidak molek, jika bersama dengan jamaah, tiba-tiba tidak mahu ikut arahan jamaah. Apabila kita berintima' dengan jamaah maka wajib kita mengikut arahan jamaah. Sebuah jamaah tidak akan maju jika mempunyai ahli yang ikut kepala sendiri, tanpa mahu ikut arahan jamaah. Mana-mana jamaah akan mengalami masalah jika mempunyai ahli sedemikian rupa. Manusia ini sebenarnya tidak boleh bersama jamaah. Jenis manusia yang tidak boleh berkawan dengan manusia lain. Sebenarnya manusia ini ada penyakit di dalam dirinya iaitu penyakit tidak boleh ikut arahan. Peringatan Nabi SAW
"Bahawa sesiapa yang taat kepada aku, maka ia sudah taat kepada Allah. Dan bahawa sesiapa yng derhaka kepada Aku , maka ia derhaka kepada Allah. Dan barang siapa yang taat kepada Amir ( Ketua), maka ia telah taat kepada aku. Dan barang siapa yang derhaka kepada ketua, maka ia derhaka kepada aku" (Muttafaqun Alaih)

Tidak Mengabaikan Amanah Jamaah

Apabila kita menyertai jamaah Pas, maka kita mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah yang diarahkan oleh jamaah. Jika kita tidak melaksanakan amanah yang dipikul kepada kita, siapa lagi yang akan melaksanakan amanah ini. Perlu diingat, jika kita tidak melaksanakan amanah jamaah, maka akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti. Di atas dunia lagi kita melakukn jenayah dengan jamaah, sehingga musuh kita bermaharajela. Sifir mudah, kita telah membantu Umno secara percuma apabila kita tidak membantu Pas dengan melaksanakan amanah yang sepatutnya. Tidak ada makna kita marah kepada Umno, sedangkan kita sendiri membantu Umno secara tidak langsung.

Merasakan Jamaah Milik Bersama.

Semangat ini akan merasakan kita sayang kepada jamaah melebihi segala-galanya. Pada kita Pas bukan hak Mursyidul Am, bukan hak Presiden, tetapi milik bersama. Maju mundur perjuangan Pas atas daya usaha kita (biiznillah). Jika ada perasaan ini jamaah akan selamat. Kita akan terasa jika ada yang memfitnah Pas, lantas kita akan membetulkan fitnah tersebut. Bukannya kita menokok tambah untuk menabur fitnah. Siapa lagi yang hendak memikirkan tentang perjuangan Pas, jika tidak kita?.

Kerja Dengan Penuh Tekun.

Sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah suka kepada seorang yang bekerja dengan penuh ketekunan". Kita mesti yakin bahawa bekerja di dalam jamaah adalah ibadah dengan syarat ikhlas kepada Allah. Kita mesti rasa malu dengan penegak munkar yang tidak jemu-jemu mencari formula bagaimana hendak menarik orang kepada program mereka. Sedangkan kerja mereka tidak diredhai oleh Allah SWT. Mereka merancang dengan penuh strategik untuk menarik sokongan kepada program mereka. Sepatutnya kita sebagai anggota jamaah perlu menggandakan usaha kita tanpa penat dan jemu, kerana kita adalah Ansarullah. Perlu diingat walaupun perjuangan kita benar tetapi jika kita tidak berkerja dengan penuh ketekunan maka usaha ini akan gagal. Sebagaimana kata-kata Saidina Ali Karramallahuwajhah "Kebenaran tanpa penyusunan akan ditewaskan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan yang rapi".

Thiqah Dengan Kebijaksanaan Pemimpin.

Hidup berjamaah inilah sifat yang mesti disuburkan. Apa makna dia seorang pemimpin jika kita sendiri tidak thiqah kepadanya. Menganggap pemimpin semua bodoh, kita sahaja yang cerdik adalah suatu perkara yang salah. Suatu masa nanti apabila kita menjadi pemimpin, Allah akan balas balik kepada kita di mana pengikut kita pula anggap kita pula bodoh. Masing-masing ada tanggungjawab yang telah diatur oleh perlembagaan parti. Pemimpin membuat cadangan, perancangan dan mengatur gerak kerja yang difikirkan sesuai dan munasabah untuk mencapai matlamat. Hal ini akan berubah dari semasa ke semasa menurut ijtihad kepimpinan.

Dasar sahaja tidak berubah, iaitu Islam. Tetapi bagaimana cara kita mahu melaksanakan gerak kerja kita sentiasa berubah. Perubahan kadang-kadang besar, kadang - kadang kecil, contohnya Tahaluf Siasi. Mereka yang tidak belajar Feqah Politik, mengatakan Pas sudah menyelewing. Pada hal keputusan yang kita buat masih lagi berkisar kepada nas syarak. Kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan adalah amat mustahak, khususnya di dalam dunia politik yang bergerak pantas. Jika jamaah gagal membuat keputusan yang cepat untuk menghadapi suasana kita akan ketinggalan zaman. Jika keputusan hendak dibincang dahulu daripada semua peringkat hingga ke cawangan, maka sudah tentu kita ketinggalan dan jamaah tidak maju. Pemimpin Pas tidak rela untuk diri mereka dimamah neraka kerana mengkianati perjuangan Pas dan ahli.

Menjaga Rahsia Parti.

Rahsia parti bukan sahaja kepada orang lain, malahan dengan anak isteri tidak boleh diberi tahu. Menunjukkan bukan semua perkara yang dibincang oleh parti mesti diketahui oleh orang lain. Seorang itu dianggap biadab dengan jamaah, bila mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Lebih parah lagi yang disebar keluar ialah perjalanan mesyuarata untuk membuat keputusan, bukannya keputusan mesyuarat. Beliau menceritakan orang ini setuju, orang ini bangkang. Rahsia parti dan strategi parti tidak boleh dibincang di dalam forum yang terbuka seperti Face book, Twitter yang bukan ahlinya. Lebih kurang ajar lagi minta pandangan dan komen daripada mereka yang bukan ahlinya mengenai perjalanan parti. Biarlah kita menyusahkan musuh mendapat maklumat, jangan kita memberi maklumat secara percuma tanpa mereka bersusah payah. Sebenarnya di dalam keadaan kita menjaga rahsia ini pun masih terlepas, telahan pula kita sendiri yang mendedahkan. Peringatan untuk diri saya, hendak bercakap mengenai rahsia parti kena berhati-hati. Kebimbangan kita dengan alat komunikasi yang canggih akan merakam perbualan kita. Oleh itu perhatikan dengan siapa yang kita berbicara. Zaman dahulu berpandang-pandang sebelum bercakap, sekarang agak sukar kerana alat perakam di dalam telefon sudah cukup menjadi alat untuk merakam perbualan kita dan di dedahkan keluar.

PENGERUSI PASTI MACHANG (SDR MUHD KHAIRUL) BERKUNJUNG KE RUMAH SDR SYED HUSSIN (AJK JABATAN PASTI MACHANG) DIRUMAHNYA KG BAGAN, PULAI CHONDONG YANG DAPAT CAHAYA MATA YANG BARU,,,,8/3/2014



MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG KALI KE 5 SESI 2013/2015 BERTEMPAT DI PASTI AL FIRDAUS, KEDAI PULAI CHONDONG,,,,08/3/2014




ALKISAH SEORANG PEMANDU BARU

Shila baru mendapat lesen keretanya. Dengan hati yang seronok, Shila meminta untuk membawa ibubapanya pulang ke kampung.

Ketika bertolak, langit cerah bersinar panas. Shila memandu dengan berhati-hati dengan penuh teruja.

Setelah sejam memandu, Shila memasuki kawasan ribut petir.

“Abon, apa yang patut Shila buat?” tanyanya kepada bapanya yang duduk di tepi.

“Buka lampu, teruskan memandu,” kata bapanya.

Ribut semakin kencang. Jalan di depan semakin sukar dilihat.

“Abon, Shila takut. Apa yang perlu dibuat?” tanya Shila.

“Teruskan pandu. Slow. Tapi teruskan, jangan henti. Fokus,” kata abonnya.

Shila teruskan memandu. Tak beberapa jauh dari situ, Shila melihat kereta dan lori-lori mula berhenti di tepi jalan kerana semakin susah untuk melihat jalan.

“Shila kena henti. Shila susah nak lihat depan. Teruk ribut ini. Semua orang sedang henti di tepi jalan,” kata Shila.

“Jangan putus asa. Teruskan memandu slow-slow. Tengok jalan ikut line,” jawab bapa Shila.

Shila teruskan memandu meskipun ribut teruk. Lebih kurang 5km daripada itu, Shila dan keluarganya terkeluar daripada ribut tersebut.

Matahari kembali bersinar.

“Sekarang Shila boleh henti,” kata bapanya.

“Mengapa henti sekarang bila langit dah cerah?” tanya Shila.

“Shila keluar dan tengok betapa ramai yang berputus asa tapi masih terperangkap di dalam ribut teruk itu. Kerana Shila tidak putus asa, Shila dah keluar daripada ribut tersebut,” terang bapanya.

Wahai anakku,
Cerita di atas adalah untukmu ketika menghadapi kesusahan hidup. Jangan kerana semua orang lain, termasuk mereka yang kamu terasa hebat pandai, berputus asa, kamu tak perlu berputus asa.

Jika kamu tak berputus asa, ribut di atas kepala kamu akan berlalu dan sinar matahari akan terpancar di mukamu semula.

PROGRAM MEWARNA, KOLAJ DAN SIAPKAN BUKU SKRAP PELAJAR PASTI PERINGKAT DUN PULAI CHONDONG DI BUKIT BELAH MACHANG











SOLAT SUNAT DHUHA OLEH PELAJAR PASTI DUN PULAI CHONDONG YANG DIIMAMNI OLEH BENDAHARI PASTI KAWASAN MACHANG (SDR AFZAN ARIF)










ALKISAH SEGELAS AIR….

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.

“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”

“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.

“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.

“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.

“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.

“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.

“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.

“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.

“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.

“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…

“Tak ustaz,” jawab hadirin.

“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.

Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….

Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”

“Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.

“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung…. 

“Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuhkan hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa.”

Wahai anakku,
Aku tidak menafikan bahawa ia adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi ingatlah anak kesayanganku, yang lebih penting ialah belajarlah untuk meletakkan gelas air tersebut setiap hari sebelum tidur. 

Tapi, janganlah kamu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu keseluruhan hidupmu. Letakkan gelas air itu sebelum tidur nescaya kamu tidak akan terasa stress, murung dan boleh cergas bangun di subuh besok untuk menghadapi cabaran sementara di dunia ini di samping mencari keredhaan Allah.

JAMUAN TEH SAMBIL MENDERMA DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,,03/03/2014








UCAPAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MACHANG SERTA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PELAJAR PASTI DI DUN KEMUNING BERTEMPAT DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,03/03/2014








AKTIVITI MEWARNA, KOLAJ DAN BUKU SKRAP PELAJAR PASTI DUN KEMUNING DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,03/03/2014