SELAMAT DATANG

Sabtu, 09 Juli 2016

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"


03/07/2016,,,,MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA GURU DAN AJK PASTI KAWASAN MACHANG YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB HJ MOHD ROSELI B. ISMAIL (ADUN KEMUNING)









































SALAM AIDILFITRI 1437H


Salam Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua teman2 PASTI Kawasan Machang di alam maya ini, semoga kalian dapat menyambut hari lebaran ini dengan riang ria selalu. Bagi teman2 di perantau rancang perjalan kalian sebaik baiknya...kami doakan kalian selamat pulang ke kampung halaman.
Disamping itu, dalam keenakan kita meraikan Syawal ini, jangan dilucutkan kegemilangan taqwa yang telah kita gilap. Mari kita istiqamah dengan segala amalan di bulan Ramadhan ini untuk terus menjana ubudiyah hingga akhirnya bertemu Allah kelak."
Daripada ; Warga Jabatan PASTI Kawasan Machang

KPM LAWAT, PASTI DIIKTIRAF.

Gombak, 28 Jun: Pejabat PASTI Malaysia di Gombak telah menerima kunjungan kerja daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam dalam membincangkan berkaitan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Perkara itu telah disiarkan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia iaitu YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat melalui laman sosial facebook miliknya. Dalam kenyataan tersebut beliau turut mengambarkan bahawa PASTI turut menyumbang peratusan yang besar dalam pendidikan pra-sekolah di Malaysia dan menyifatkan bahawa ianya adalah satu pengiktirafan untuk PASTI.




MAKANAN

Dalam bab mendidik anak-anak,Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa mazmumah pertama yang perlu diawasi pada anak-anak adalah banyak makan.
Selain itu,ibu bapa juga disarankan agar tidak membiasakan anak-anak dengan makanan yang lazat.Sekali sekala,biar anak-anak itu diberi makan tanpa lauk,agar mereka tahu bahawa makan dengan lauk itu bukan satu kemestian.
Amir bin Qais menasihatkan :
"Berhati-hatilah engkau daripada banyak makan,kerana ia menyebabkan kerasnya hati."