SELAMAT DATANG

Rabu, 29 Oktober 2014

SEBELUM MEMULAKAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


Mulakan dengan Bismillah akhiri dengan Alhamdulillah...hari terakhir peperiksaan akhir tahun 2014 Di PASTI Al Jihad,Kg Kolam Abu,,,

FIKIR - FIKIRKAN

إذا قال لك طفل صغير معي مبلغ كبير ، 
فأنت تتوقع ان معه10 ريال – 
على قدر حجمه وقدرته .. 

Jika seorang kanak2 memberitahumu dia ada sejumlah wang yg banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai RM10...sesuai dengan umurnya

فإذا قال لك مدير بنك عندي لك مبلغ كبير ، 
فأنت تتوقع مثلا” مليون “ ريال – 
على قدر حجمه وقدرته .. 

Jika seorang pengurus bank memberitahumu dia ada sejumlah wang yg banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai jutaan ringgit...sesuai dengan posisinya

فإذا قال ملك أو رئيس عندي لك مبلغ كبير ، 
فأنت تتوقع مثلاً ”مليار“ ريال – 
على قدر حجمه وقدرته .. 

Jika seorang raja atau presiden memberitahumu dia ada sejumlah wang yg banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai bilion ringgit...sesuai dengan posisinya

فما بالك إذا قال الله عزوجل عن الجنة 
" أعددت لعبادي الصالحين 
ما لا .. 
عين رأت ! 
ولا أذن سمعت ! 
ولا خطر على قلب بشر " !!؟

Apa tanggapan kamu apabila Allah Taala menjelaskan tentang syurga "Aku sediakan pd hambaKu yang soleh...benda yg.....

tidak pernah terlihat oleh mata...
tidak pernah terdengar oleh telinga...
tidak pernah terlintas oleh hati..."


لو راَى احدكم طرف الجنہَ 
لصلب ظھره من كثرة 
السجود


Sekiranya antara kamu ada yg ternampak sekilas sudut syurga...nescaya dia sanggup berpenat lelah dgn perbanyakkan sujud

عميقه هذه العباَرھ .
تستحق النشر ..
ثلاث ادعيه لاتنسونهم في سجودكم ؛


Ungkapan yg cukup mendalam...elok disebar...3 doa jgn kamu jangan lupa ketika sujud

اللهم إني اسألك حسن الخاتمه ،
اللهم ارزقني توبةً نصوحه قبل الموت
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
حتى اذا نويت نشر هذا الكلام
انوِي بها خير لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا والاخرة


1. Ya Allah aku mohon penyudah hidup yg baik.
2. Ya Allah berikan rezeki dgn taubat nasuha sebelum ajalku.
3. Wahai Tuhan yg membalik2kan hati...tetapkan hati atas agama dan ketaatan padaMu


Aameeen

"PASTI DI HATI MASYARAKAT,,,PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA"


KERATAN SINAR HARIAN PADA 29HB OKTOBER 2014

MAJLIS PELANCARAN PERPINDAHAN PASTI AT TARBIYYAH, KG RENGAS,,,,28/10/2014





PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (12)


Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

AL KISAH SEEKOR KUCING

Seorang tua sedang berjalan di sekitar belukar terlihat seekor kucing yang terperangkap di dalam satu lubang.

Orang tua terasa kesian pada kucing yang bergelut ingin membebaskan diri lalu memasukkan tangannya ke lubang tersebut untuk membantu.

Kucing yang ketakutan terus mencalar tangan orang tua tersebut.

Orang tua yang kesakitan terus mengeluarkan tangannya yang kini berdarah.

Seorang pejalan yang tersaksi apa yang berlaku terkejut melihat orang tua sekali lagi meletakkan tangan di dalam lubang tersebut untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Sekali lagi kucing itu mencalar tangan orang tua itu, namun orang tua itu tetap tidak berputus asa.

“Cukuplah pakcik! Biarkan saja kucing itu. Dia boleh keluar sendiri,” tegur pejalan itu.

Orang tua itu tidak mempedulikan kata-kata pejalan itu dan terus meneruskan usahanya untuk menyelamatkan kucing sehingga berjaya.

Selepas itu, pakcik itu mendekati pejalan tersebut lalu berkata:

“Wahai anakku, naluri kucing memang akan mencalar bila takut untuk melindungi diri, tapi tugas kita ialah untuk berbelas kasihan dan membantu,” jelas pakcik itu sambil memegang tangannya.

Wahai anakku,

Kamu hanya akan dapat apa yang kamu beri. Jika kamu berikan sayang, kamu akan dikasihi. Jika kamu ingin orang lain menghormati kamu, berilah penghormatan pada orang lain dahulu. Layan orang lain sebagaimana kamu ingin dilayani.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 DI HARI KEDUA,,,28/10/2014 (SELASA)

















PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 DI HARI KEDUA BERTEMPAT DI PASTI AL BAROKAH KG TUALANG KUDUNG, PASTI AL FIRDAUS KEDAI PULAI CHONDONG DAN PASTI AS SOLIHIN KG BAGAN

~ TAZKIRAH HARI INI ~


Selasa, 28 Oktober 2014

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (11)


Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR,,,,SANTAI DI CAMERON HIGHLAND SEMASA PERJALANAN PULANG PADA 25/10/2014












KEBAIKAN VS KEJAHATAN


MARI BERSELOKA


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR,,,,DI PASTI AS SOLIHIN, SUBANG (PEMENANG ANUGERAH 3K PERINGKAT KEBANGSAAN 2013)