SELAMAT DATANG

Minggu, 01 Januari 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017 BUAT SEMUA ADIK-ADIK.


TAHUN 2017


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH DAN MEMBERI KEPARCAYAAN KEPADA PASTI.




PENYAMPAIAN BEG SEKOLAH DI PASTI AR RAWI, PALOH RAWA


31hb Disember 2016,,,YB Dato Dr. Haji Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar Pasti Arrawi Paloh Rawa sempena Majlis Pendaftran Pasti Arrawi Paloh Rawa. Diiringi oleh Muhammad Khairul, Pengerusi Pasti Kawasan Machang dan Cikgu Zahari Ismail, Ketua UPU Paloh Rawa.

BERSIHLAH KEDUA - DUANYA

"Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda:

Pertama pinggan itu bersih. Kedua tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, takkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yang sama."


(Imam Hassan Al-Banna)

MAJLIS PENYERAHAN ELAUN KEPADA GURU GURU PASTI MACHANG





Majlis penyerahan elaun kepada guru guru PASTI Machang seramai 40 orang. Di samping itu juga diadakan slot dialog dan penerangan oleh Sdr Khairul Khalid selaku Pengerusi PASTI Kawasan Machang merangkap Timbalan Pengarah 1 PASTI Negeri Kelantan.

Bertarikh 30 Disember 2016 bertempat di PASTI Darul Husaini, Kg Kepas

TAZKIRAH HARI INI (01HB JANUARI 2017)

Amal soleh adalah amal yang sentiasa seiringan dengan keimanan. Justeru itu, kita dapati dalam Al-Quran, setiap kali Allah SWT menyebut tentang iman, ia akan diiringi dengan amal soleh yang menjadi bukti kebenaran kepada harga sebuah keimanan.

Iman dan amal soleh adalah sebab kemenangan dan punca umat Islam dapat memimpin manusia di atas jalan hidayah apabila kuasa pemerintahan berada di tangan mereka. Kedua-duanya iaitu iman dan taqwa juga menyebabkan manusia yang beriman dapat mengecapi kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

(Syeikh Mohd Zainul Asri Hj. Romli - Bingkisan Fikrah Pejuang)

AKHLAK PEJUANG ISLAM










IKHLASLAH DALAM BERAMAL

Wahai anakku.
Ikhlaslah dalam beramal, kerana Allah tidak berhajat kepada amalan yang dilakukan untuk menunjuk kepada manusia atau dilakukan kerana mengharapkan keredhaan manusia.

Wahai anakku.
Apalah yang kamu ingin banggakan amalanmu sedang kamu tidak tahu apakah Allah menerima atau menolak amalanmu. Kalau Allah menerima amalanmu bukanlah kerana hebatnya amalan itu, tetapi ia adalah kerana rahmat Allah ke atas mu dan belas kasihan Allah kepadamu.

Wahai anakku
Janganlah engkau menyombong dirimu di dunia yang sementara ini kerana saat uzurmu akan mencabut segala kesombonganmu. Bagaimana pula nanti waktu kamu berdiri di hadapan Tuhanmu dalam keadaan tiada penolong dan pembantu.

Wahai anakku.
Di antara cara menjadikan kita sentiasa bersyukur kepada Allah ialah melihat musibat yang menimpa orang lain jauh lebih besar dari apa yang kita tanggung, dan melihat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita jauh lebih baik dari apa yang ada pada orang lain.

Wahai anakku,
Jangan kamu besarkan kekurangan yang ada kerana ia akan menjadikan kamu menghina diri, dan tidak mensyukuri nikmat yang sedang kamu hayati. sebaliknya manfaatkan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kamu, agar kamu jadi hambanya yang bersyukur.

Wahai anakku.
Nafas yang keluar masuk dalam kerongkongan mu petanda rahmat Allah yang berterusan kepadamu. Bagaimana kalau tiba-tiba ia dihentikan oleh Allah, apakah ikhtiar mu. Maka janganlah engkau merungut kekuranganmu dan merasa sedikitnya kurniaan Tuhan kepaadamu , sebaliknya belajarlah menjadi hamba Allah yang bersyukur.