SELAMAT DATANG

Selasa, 09 September 2014

AL KISAH RUMAH SEORANG USTAZ

Amin akhirnya berpeluang melawat rumah ustaz Ismail yang disanjungnya sekian lama untuk berbuka puasa.

Ketika tiba di rumah ustaz Ismail, Amin terkejut melihat ruang tamu ustaz Ismail yang agak kosong, cuma ada tikar di atas lantai, satu meja di tengah dan dua almari buku terletak di tepi dinding.

“Maafkan saya ustaz. Nak bertanya sikit, mana perabot ustaz ya?” tanyaAmin.

“Mana pula perabot kamu?” Ustaz Ismail menjawab kembali.

Amin terkejut dengan jawapan pelik Ustaz Ismail lalu dia berbisik di hati, “Peliklah ustaz ini. Orang kat rumah dia, dia tanya kita pula mana perabot kita?”

Setelah beberapa saat, Amin menjawab Ustaz Ismail, “Ustaz tersilap tanya ke? Ini rumah ustaz, saya hanyalah seorang tetamu yang lalu di sini…”

Ustaz Ismail senyum lalu menjawab: “Saya pun sama.”

Amin masih ternganga… dan tak faham. “Ini rumah siapa, ustaz?”

“Hahahahaha… di dunia ini semua kita ini tetamu Allah dan milik Allah, walaupun rumah ini atas nama kita,” jawab Ustaz Ismail.

Wahai anakku,

Jika mendapat jam tangan yang baru menggembirakan kamu hari ini, satu hari nanti jam tangan yang sama ini akan membuatkan kamu terasa sedih tatkala kamu kehilangannya. Begitu juga dengan segala milikan yang lain yang kamu terasa terikat sayangmu padanya.

Jikalau kamu boleh melihat segalanya sebagai milik Allah, dan juga sentiasa beringat bahawa kamu hanyalah seorang tetamu Allah di dunia yang indah ini, nescaya kamu akan bebas daripada sengsara manusia biasa yang hidup bagaikan ombak kerana harta yang datang dan pergi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar