SELAMAT DATANG

Selasa, 07 Juni 2016

PASTI : MENDIDIK GENERASI RABBANI

Pendidikan berteraskan Islam adalah kunci kejayaan untuk anak-anak generasi negara. Jabatan PASTI Negeri Perak dengan ini mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada adik Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11 tahun, atas kejayaan menjuarai program Tahfiz Muda Astro. Beliau merupakan bekas murid PASTI Al-Ikhwan, Selekoh, Bagan Datoh. Tahniah juga kepada pemenang tempat kedua iaitu adik Fatimah Azzahra Bukhari, 12 tahun yang juga merupakan bekas murid PASTI Al-Ehsan, Gopeng.
Selain daripada mereka berdua, terdapat beberapa orang lagi peserta Tahfiz Muda juga adalah bekas murid PASTI dari beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Putrajaya,Melaka dan Negeri Sembilan. Syabas kepada semua peserta Tahfiz Muda Astro atas kehebatan kalian menghafaz dan memuliakan kitab suci Al-Quran.
Program ini menampilkan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) manakala Imam Muda Asyraf selaku hos Tahfiz Muda.Tahfiz Muda bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).Jabatan PASTI Negeri Perak sangat mengalukan program yang baik seperti ini untuk memupuk minat lebih ramai anak muda untuk mendalami dan menghafaz Al-Quran.
Sekalung tahniah juga kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah membimbing generasi ummah ini.Syabas!
Mohd Azhari Yahya
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Perak


Tidak ada komentar:

Posting Komentar