SELAMAT DATANG

Selasa, 12 April 2016

KEMANISAN IMAN


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang sesiapa ada (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya (Allah dan Rasul),dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,dan dia juga benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain:hadis Sahih)
Apabila Allah telah hadiahkan cinta-Nya,kita akan rasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi.Inilah yang dimaksudkan dengan kemanisan iman.Dan kemanisan iman ini juga sangat berkait rapat dengan cinta.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar